Kali ini kami huraikan kepentingan mengemukakan serta mendapatkan kelulusan pelan bagi rumah sedia ada yang ingin dibuat ubahsuai serta tambahan keluasan. Umum mengetahui, mengemukakan pelan ubahsuai adalah satu perkara yang termaktub di dalam undang-undang kecil bangunan pihak berkuasa tempatan (PBT), ini bagi menyeragamkan susun atur pembinaan kediaman yg di ubahsuai. Jesteru itu, pelan yang ingin dikemukakan harus lah mematuhi syarat-syarat teknikal setiap PBT yang berkaitan. Untuk pengetahuan umum, setiap PBT mempunyai syarat-syarat yang agak berbeza bagi setiap PBT.
Saya akan huraikan lagi perihal syarat permohonan pelan kelulusan bagi tambahan dan ubahsuai kediaman pada post yang akan datang. Jika pemilik kediaman yg ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh email kepada saya atau hubungi pihak berkuasa tempatan (PBT).